Langit tak selalu cerah

Setiap orang diuji oleh Allah berbeza-beza. Ujian kehidupan memantapkan lagi keimanan dan mendekatkan lagi diri hamba dengan Sang Pencipta. Umpama ombak di lautan, ada musim ombak tenang ada musim ombak bergelora. Langit tidak selalu cerah, ada tika mendung kelabu tiada lagi sang mentari. Aku mengharapkan selepas dilanda ombak dan badai, laut akan kembali tenang. Selepas berarak mendung kelabu, sang mentari muncul semula. Sesungguhnya kesulitan dan kepayahan, air mata dan kesedihan mendidik aku menjadi seorang yang lebih kuat dan berazam.

image

Bersyukur dan jangan berkeluh kesah

10 kali dia telah membantu kita semasa kesusahan sekali dia berpaling, 10 kebaikan nya terus kita lupakan

10 kali seseorang itu memuji kita, sekali dia mengutuk kita, terus kita berpaling dan mengungkit-ungkit

10 kali dia datang menziarahi kita, sekali dia tidak menjenguk muka, kita mula merungut-rungut dan mereka-reka isu

10 kebaikan yang kita dapat, bersyukur dan berterima kasihlah

jangan kita lupa kebaikan itu apabila kita diuji dengan suatu musibah

bersyukur, Alhamdulillah atas nikmat yang banyak sepanjang hidup

elakkan berkeluh kesah dengan sedikit musibah yang diuji oleh Allah

Adakah kita merasa keimanan kita telah kuat sedangkan kita belum melepasi ujian musibah yang sedikit?

#notauntukdiriTranquility_II_Wallpaper_by_devildoll

Rasa sakit hati itu datangnya dari hati yang tidak sihat. Hati yang dijaga dengan baik, dibasahi dengan zikrullah ditarbiyah dengan sifat-sifat mahmudah akan sentiasa segar sepanjang hari. Berzikirlah selalu supaya hati sentiasa hidup dan sihat. Hati yang sihat akan menjadi tenang dan tenteram. Ya Allah Ya Latif.