CATATAN HARI RAYA DI BATU PAHAT JOHOR


Kami bertolak pulang ke Batu Pahat sehari sebelum Hari Raya.
Malam Hari Raya Pertama kami sekeluarga menemankan Buyut (moyang) yang tinggal seorang diri di Kg Parit Karjan, Seri Medan. Dalam usia Buyut yang sudah melangkau 100 tahun, beliau masih berkeras mahu menyambut kedatangan Shawal di rumah sendiri. Jadi seperti biasa kalau kami pulang beraya di Johor maka giliran kami sekeluarga menemani Buyut.


Rumah usang Buyut sangat aman…malamnya sejuk dan damai.

Selepas selesai Solat Hari Raya rumah Buyut mulai didatangi tetamu ahli keluarga terdekat. Pak Sedara, Mak sedara dan sepupu sepapat. Suasana pagi Raya semasa bersalaman bermaafan diiringi dengan air mata kesyahduan kerana adat orang Jawa bermaafan memang mengharukan perasaan.

Sesungguhnya di rumah usang Buyut ini lah banyak kenangan suka duka yang dilalui yang tidak mungkin kulupakan. Banyak cerita kegembiraan dan kesedihan di sini..Rumah ini juga mengingatkan aku kepada orang-orang terdekat yang telah tiada.

Tengah hari kami pulang ke Tongkang Pechah dan Petang tu kami melepak di rumah je (rumah Mak di Tongkang Pechah).
Hari Raya kedua, kami sekeluarga beraya di Parit Sulong dan Batu Putih menziarahi keluarga sebelah abah. Yang muda perlu mengingati dan menziarahi yang tua supaya ikatan kekeluargaan itu tidak terus renggang..maklumlah balik 2 tahun sekali…peluang yang ada tidak disia-siakan.

di Parit Jawa Muar pada hari Raya ke tiga

Hari Raya ketiga beraya di Parit Jawa Muar…rumah Mak Long budak-budak ni…kami dijamu laksa Johor..yummy yummy. Tapi pada hari itu badan mula rasa tak berapa enak. Apabila balik ke rumah Mak di Tongkang Pechah, terus tidur sampai malam…sakit macam2.
Keesokannya hari Raya keempat bertolak balik ke Terengganu…aduh! Singkatnya masa kurasakan. Entah bila boleh berjumpa lagi!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s