Kita menarik apa yang kita fokuskan


Dalam ceramah motivasi selalu dengar perkataan Law of Attraction atau Hukum Tarikan. Cari-cari dalam internet dapatlah bahan ini yang saya petik dari www.zuhairinopiah.com.

Law of Attraction atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu. Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.

Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya. Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu. Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.

Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik. Begitu juga sebaliknya. Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA.

Pentingnya mengetahui LOA

Kenapa saya sebutkan bahawa ilmu ini penting? LOA merupakan asas untuk manusia berjaya di dunia dan akhirat kerana LOA adalah DOA.

Setiap insan ingin berjaya, dan setiap kita tidak boleh menyampaikan impian yang diingini kepada Tuhan tanpa berdoa. Malah secara tidak sedar pun kita sentiasa berdoa kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan dan tindakan hamba-hambaNya.

Saya sangat yakin ilmu ini dapat membantu kita mengetahui rahsia kenapa sesetengah manusia begitu berjaya dalam hidupnya. Sesetengah manusia pula kelihatan begitu sukar dalam mencapai impian masing-masing.

Tahukah anda bahawa 1% daripada manusia (orang kaya) meraih 96% daripada kekayaan dunia? Kejayaan mereka bukanlah rahsia lagi. Kita juga boleh mencapainya jika rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Dalam usaha membantu rakan-rakan mencapai impian masing-masing, saya telah membuat kajian intensif tentang LOA. Hasilnya, terciptalah Modul “LoUA: Rahsia Kejayaan dan Kebahagiaan”. Modul dan program ini bukan sahaja memberi gambaran kepada anda tentang LOA. Ia juga dirangka khas untuk membetulkan salah faham yang ada dalam ilmu LOA daripada Barat.

Sebagai contoh, ada di antara sarjana Barat yang menyatakan bahawa kita perlu meminta daripada alam kerana alam akan ‘mengabulkannya’. Dalam program ini, kami menekankan bahawa segala hajat perlu dipohon hanya kepada Tuhan. Dalam masa yang sama, alam perlu dihormati dan diuruskan mengikut cara Tuhan supaya pekerjaan kita diberkati dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah memahami bahawa LOA adalah DOA, kita sepatutnya menjadi insan yang sentiasa positif. Walau apapun cabaran dan kesusahan yang menimpa, hadapi dengan tenang dan redha kerana kita sedar bahawa tindakbalas kita akan menentukan apa yang kita terima.

Saya berdoa agar Allah ikhlaskan hati saya berkongsi sesuatu yang bakal merubah hidup tuan puan. Saya juga berdoa agar kita semua diberi hati yang bersih supaya dapat mengingat dan mengamalkan semua ilmu yang dipelajari hari ini. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Menyempurnakan Hajat.

Salam kejayaan dan kebahagiaan!

One thought on “Kita menarik apa yang kita fokuskan

  1. kesimpulannya..selalulah berfikiran positif dan fikir yg baik2 je…bukan shj hati kita tenang insyaallah kita akan berjaya dalam lapangan yang kita ceburi..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s