Penurunan berat badaN dengan Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet *************************************


Tulisan ini dipetik dari http://www.taknakgemuk.blogspot.com

Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu korang mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan karbohidrat…Cerite banyak pun tak gune kan kalo takde bukti? Nanti korang kate aku saje je wat crite sebab nak standby April fool untuk korang..aiseh..tgk nih…

Bile kite mengurangkan pegambilan karbohidrat,badan kite akan mule membakar lemak sebagai tenage…macam yg kite slalu blaja kat skula rendah yg diajar oleh cikgu sains kite,badan kite perlukan karbohidrat sebagai tenage…seperti ape yg rakyat malaysia amalkan sekarang,kite mengambil jumlah karbohidrat yg amat tinggi…TINGGI PUNYE!!!

So,ape yang berlaku?bile kite melakukan keje atau pun bersenam,badan akan membakar karbohidrat sebagai bahanapi(betul ke aku eje)…. so,ape jadi dengan lemak2 dalam badan kite? Ia akan maintain dalam badan kite,,,plus,kite makan lagi lemak,lagi la bertambah….kan3?

Jadi,bile badan kite membakar lemak sebagai bahanapi ataupn tenage,automatik la lemak dalam badan kite akan berkurang dan menyebabkan!!! Kite lebih hensem dari dulu…:D

Dr. Atkins dah pn perkenalkan diet ni dari taon 70an lagi,tp tak dpt sambutan sebab ketike itu ramai menggunekan diet Low Fat…bile mengamalkan low fat,kite akan berase lebih lapar dan susa untuk kite maintainkan berat badan…plus,walaupun kite menggunekan low fat,tapi kite stil mengambil karbohidrat yg tnggi,jadi,lemak tak akan bertambah dan tak akan berkurang…so,macam mane nk kurus?? jumpe bomoh?

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la…kalau banyak nak turun,lame la induction ok?

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini…tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile…huhu…

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat…tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire…jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet…huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame…

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU.OATdan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. (wow,sedapnye roti jala…huhu)

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam….

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k…
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong…

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak…huhu

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan…fuyoh!

One thought on “Penurunan berat badaN dengan Atkins Nutritional Approach / Atkins Diet *************************************

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s