MEREKA MEMANG BERBEZA


Anak-anak adalah anugerah Allah Yang Maha Kuasa. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dengan tulus ikhlas. Mereka memang berbeza….

Puteri sulungku seorang yang berterus terang dan selalu berkongsi suka duka. Boleh diharap dengan kerja-kerja rumah, memang ringan tulang. Seorang yang boros dan suka membeli belah Suka bersukan dan berjogging. Sangat sensitif dan mudah terasa tetapi mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Walaupun perwatakannya agak kasar pada luaran tapi hatinya lembut dan penyayang.

Putera kedua agak pemalu dan pendiam. Suka membaca komik, melukis dan menghadap komputer. Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Sangat memilih dalam berkawan tetapi setia apabila sudah berkawan dengan seseorang. Sangat taat pada ibu bapa, dan banyak mengalah dengan adik-adik. Tapi dalam bab belajar, liat sangat, baik buat homework mahupun ulangkaji. Bab mengurus diri memang tak pandai. Segala-galanya aku kena siapkan.

Puteri ketiga seorang extrovert. Suka berkawan, dan seorang yang sentiasa ceria. Minat mendengar lagu-lagu Inggeris. Sebut saja lagu apa, dia sudah menghafalnya. Seorang yang peramah dan suka membeli hadiah untuk keluarga, kawan-kawan dan guru. Sangat komited dalam pelajaran dan bercita-cita tinggi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Putera keempat, seorang yang sangat sensitif tapi penyayang. Sangat tegas. Putih katanya, putihlah, hitam katanya, hitamlah. Masa lapangnya diisi dengan membaca Al-Quran dan buku-buku agama. Tidak boros dan pandai berjimat cermat, dan sangat mengambil berat tentang kebersihan dan penampilan diri. Sesuai menjadi pemimpin masa depan.

Putera kelima seorang tangkai jering. Tidak boleh berkongsi barang dengan orang lain. Seorang yang boros dan suka berbelanja. Sangat bercita-cita tinggi. Suka lagu-lagu nasyid dan baik hati dengan kawan-kawan. Sangat susah nak minta tolong kalau tidak diberi ganjaran atau upah.

Putera keenam, aduhai, kuat makan. Umur baru mencecah 6 tahun, tapi berat badannya dah sama dengan budak Tahun 6. Memang nakal dan mulut murai, tetapi rajin membaca buku cerita. Sangat aktif berlari dan bermain. Walaupun berbadan besar, tetapi penakutnya bukan main. Pergi ke bilik air pun masih berteman.

Puteri ketujuh, puteri bongsu kesayangan kakak dan abang. Berbadan kurus seperti tak cukup makan. Petah berkata-kata serta suka menulis dan melukis. Sebelum tidur, kena garu di belakang badan, barulah dia terlena.

Perbezaan merekalah yang mewarnai kehidupanku sebagai seorang ibu Dalam diri merekalah aku dapat melihat jelmaan sifat-sifat diriku dan suamiku…….

Artikel ini telah disiarkan dalam Ruangan Sembang Midi Majalah MIDI keluaran Jun 2007 dengan nama pena Maryam Jamilah.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s