Resepi : Kek Coklat (kukus)


Bahan-bahan :
4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung (aku guna tepung gandum jek)
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil soda berkarbornat (sodium carbonate)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
coklat masakan
chocolate rice / colour rice
Majerin
Cara-caranya :
1. Sila masukkan telur dan gula. pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung sikit-sikit, pastu masuk serbuk koko, baking powder, soda berkarbonat dan susu.
3. Sila pukul lagi adunan korang. pastu masukkan minyak dan pukul lagi.
4. last sekali baru masukkan 1 cawan air panas.
Kemudian, masukkan adunan ke dalam bekas cupcake (yang tahan panas) separuh sahaja dari bekas tu. Sebab nanti kalau dia kembang terjojol kuar dari bekas tak cantik dah. Dah selesai isi dalam bekas cup tu, masukkan ke dalam kukus..pastikan korang dah panaskan air kukus tu dulu…bila agak-agak dah kembang nampak cantik je dia naik..bolehla korang keluarkan. dan cungkil lah kek tu keluar dari bekas cup tu.
note : seelok-eloknye kukus selama 15 minit dan api sederhana.

Topping
masukkan majerin dan masuk kan ke dalam mangkuk tahan panas. panaskan mangkuk di dalam periuk yang di isi air yang sedang mendidih. kemudian, masukkan coklat masakan yang telah dipotong-potong. tunggu sehingga coklat tersebut cair. Tujuan letak majerin tu sebab nanti nampak coklat tu berkilat la. aku guna kaedah double boiling untuk cairkan coklat masakan tu.kalau korang selalu buat mesti paham kan..hehehe…
Lepas siap coklat masakan korang, bolehlah buh atas kek yang telah dikukus tadi….aku suka part ni sebab coklat yang tengah cair tu memang menyelerakan aku. Lepas je buh atas kek tu, korang leh tabur colour rice atas dia. aku buh color rice sebab nampak cantik sket. nak buh chocolate rice pun boleh jer.
hasilnya :

disunting dari : sekilass.com

One thought on “Resepi : Kek Coklat (kukus)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s