Resepi rumah tangga bahagia


1- Kepercayaan
Setiap pasangan perlu saling mempercayai antara satu sama lain dan hapuskan perasaan curiga yang boleh menimbulkan perasaan cemburu yang melampau dan perselisihan faham.
2- Kasih sayang dan persefahaman
Pernikahan adalah penyatuan hidup di antara dua manusia yang mungkin berbeza sifat di samping mempunyai kesamaan-kesamaan tertentu. Fahami dan terimalah perbezaan pasangan kita dan cari titik kesamaan dan kesesuaian yang boleh dikongsi bersama. Elakkan dari bersifat egois dan tidak boleh mengalah terhadap pasangan dan anak-anak, kerana itu akan mendorong kepada konflik dalam perhubungan suami isteri serta menjarakkan perhubungan dengan anak-anak.
3- Toleransi dan pengorbanan
Sekiranya timbul perselisihan pendapat di antara suami isteri atau dengan anak-anak, segeralah mencari jalan penyelesaian dengan kembali kepada ajaran Islam. Toleransi dan pengorbanan demi kebahagiaan seisi keluarga amat dituntut dalam Islam. Isteri mesti taat dan menghormati suami. Suami mesti membimbing isteri seandainya tersalah langkah atau pendirian. Anak mesti mentaati dan menghormati ke dua ibu bapanya. Namun, jika suami, bapa atau ibu yang tersalah langkah atau pendirian, Islam tidak pernah melarang mereka dari menerima dan mendengar nasihat isteri atau anak. Islam sentiasa menegakkan yang benar meskipun pahit untuk diterima. Islam juga menggalakkan musyawwarah atau perbincangan dan kata sepakat. Untuk membina keluarga yang bahagia, kita tidak boleh bersifat mementingkan diri sendiri.
4- Mendidik
Sifat mendidik berlandaskan hukum Islam dan berilmu pengetahuan perlu ada pada setiap pasangan dan ibu bapa. Tugas setiap pasangan dan ibu bapa adalah mendidik pasangannya dan anak-anaknya dengan cara berhemah agar menjadi insan yang digariskan oleh Islam. Serlahkan kasih sayang dan kejujuran dalam mendidik ahli keluarga.
5- Masa berkualiti
Dalam kesibukan mencari rezeki untuk keperluan keluarga, kita perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama pasangan dan anak-anak. Kesibukan masa dan jarak yang terpisah di antara pasangan dan anak-anak akan mewujudkan jurang perhubungan di antara keluarga dan ia menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar ditelan waktu. Jangan biarkan pasangan dan anak-anak merasa terpinggir. Kasih sayang dan perhatian sama pentingnya berbanding keperluan wang dan harta dalam melengkapi rumah tangga yang bahagia dan sempurna.
Dipetik dari : Colours of My Life

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s