40 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN


Peperiksaan SPM beberapa hari lagi. Berikut adalah tips yang pelajar boleh amalkan sepanjang tempoh 40 hari sebelum menghadapi peperiksaan.

1. Meningkatkan amalan kerohanian dengan melaksanakan solat sunat seperti solat tahajud, solat hajat dan solat dhuha agar keadaan emosi dan perasaan pelajar lebih tenang dan yakin. Dalam tempoh masa ini dekatkanlah lagi diri dengan Allah. Banyakkan membaca Al Quran.

2. Menjaga hubungan dengan ibu bapa. Salam dan cium tangan mereka dan sentiasa mohon restu dari mereka. Mintalah ibu bapa mendoakan kejayaan kita.

3. Menjaga dan memperbaiki hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Mintalah nasihat guru mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Anggapkan guru sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

4. Menjaga kesihatan fizikal : Hindarkan daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan kerana akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan peperiksaan.

5. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat untuk minda seperti kismis.

6. Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan. Jika mereka cuba mempengaruhi anda dengan kegiatan yang membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak”.

Jika pelajar mahu berjaya mereka perlu mendisiplinkan diri dan tidak terikut-ikut dengan nafsu dan perasaan malas yang menguasai diri. Selamat berjaya!

www.projekspm.blogspot.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s