~Ada Apa Pada Nama~


bISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM.. Artikel hari ini simple sahaja.. Hanya nak menekankan cerita di sebalik nama kami adik beradik.. Langkah ini ana pilih kerana ana dapati ramai yang tertanya-tanya mana datang ‘LYDIA’ dari ‘HALIMAH SAADIAH’… Alang-alang nak tahu, meh ana ceritakan kronologinya.. Semoga bermanfaat.. Selamat membaca! (^_^)..

1) Fatimah Zaharah (FARAH)
FARAH berasal dari FAtimah zahaRAH.. Nama Fatimah Az-Zahra memang familiar dalam kalangan orang Islam.. Fatimah Az-Zahra adalah puteri Nabi Muhammad s.a.w.. Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu,dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada ALLAH SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari,suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.. ~SubhanALLAH~ Semoga Kak Farah menjadi insan yang tidak kenal erti putus asa dunia akhirat…

2) Umar Mukhtar (JIHAD)
Nama ni mesti lagi pelik kan..? Sebab nama lain, panggil lain.. Al-kisah.. Umar Mukhtar merupakan seorang pejuang Islam, yang diberi gelaran ‘singa padang pasir’… Umar Mukhtar merupakan wira kebanggaan rakyat yang namanya bersemadi di dalam hati sanubari rakyat Libya. Sejak dari usia yang muda, beliau bangun memperjuangkan kemerdekaan negaranya daripada dibelenggu oleh cengkaman kuasa fasis Itali dan pengakhiran riwayat hidupnya syahid di tali gantung.. Ringkasan cerita, ketika berumur 80 tahun, Umar mukhtar telah beberapa kali jatuh sakit.. Ramai pengikutnya menyuruh beliau meninggalkan perjuangan, namun apa yang dijawab oleh beliau ” Kita mempunyai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang boleeh membimbing kita dalam jihad kita…”kata-kata beliau menyuntik semangat para pengikutnya.. Sewaktu hendak di tali gantung, jelas kelihatan ketenangan pada raut wajahnya.. Beliau sempat solat sunat sebelum pelaksanaan hukum gantung terhadapnya.. Selepas dihukum gantung, Umar Mukhtar menjadi simbol pembebasan dan JIHAD Libya… ~Dari kisah tersebut, maka terbitlah panggilan ‘JIHAD’ pada abangku, Umar Mukhtar.. alhamdulILLAH~ Semoga Abe Yad menjadi mujahid setia…

Image
3) Halimah Saadiah (LYDIA)
LYDIA = haLImah saaDIAh… Cuma yang ni special, huruf  ‘I’ ditukar kepada huruf ‘Y’.. Untuk mencantikkan lagi ejaannya.. Ceritanya.. Halimatus Saadiah merupakan ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w.. Beliau merupakan seorang gadis kampung dari Bani Saad, yang tinggal di pedalaman.. Kerjanya mengambil upah menyusu bayi.. Kebiasaannya, mereka akan mencari anak orang-orang kaya kerana  upahnya tinggi.. Unta yang ditunggang oleh Halimatus Saadiah merupakan unta yang tua dan perlahan.. Setibanya beliau di Kota Mekah, tiada lagi bayi orang-orang kaya untuk dijadikan susuannya.. Namun, beliau telah menerima bayi Siti Aminah yakni Nabi Muhammad s.a.w… Walaupun upahnya hanya sedikit, beliau redha  dan bersyukur dengan rezeki tersebut.. Tanpa diduga Halimatus Saadiah rupanya mengambil upah  menyusu seorang lelaki agung pilihan ALLAH swt.. Atas keberkatan baginda Rasulullah saw, unta yang pada asalnya sangat uzur dan berjalan perlahan bertukar menjadi cergas dan pantas.. Air susu Halimatus Saadiah juga bertambah banyak kerana pada asalnya sebelah daripada susu beliau pada asalnya tidak mengeluarkan susu.. Begitu juga hasil tanaman yang diusahakan oleh suaminya juga subur dan memperolehi hasil yang lumayan…Inilah berkatnya kita redha dengan apa yang kita ada… Bersyukur dan redha akan membuahkan keberkatan dalam hidup.. ALLAHUakbar~ Semoga aku tergolong dalam kalangan insan-insan yang bersyukur dan redha…

Image
4) Umar Abdulaziz (ZUHDI)
Seperti yang sedia maklum dalam sejarah, Umar Ibn Abdul Aziz merupakan seorang khalifah Bani Umayyah.. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut.. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid.. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan.. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada ALLAH swt dan berselawat kepada Nabi Muahmmad s.a.w kemudian beliau berkata: “Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam… Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”… Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, ZUHUD kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka:“Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar… Beliau telah berpesan kepada rakyatnya supaya ZUHUD pada kekayaan dunia.. Kedudukannya sebagai pemimpin sebuah negara tidak digunakannya untuk mencari kekayaan atau kesenangan duniawi.. Membuktikan beliau melaksanakan apa yang beliau pesankan kepada rakyatnya.. ~Maka dari pesanan beliau, terbitlah panggilan ZUHDI.. Semoga akhi soghir menjadi insan sehebat Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz… subhanALLAH~


5) Umar Basyir (HARIS)
Nama Umar Basyir @ HARIS diambil daripada nama Jeneral Umar Hassan al-Basyir. Beliau ialah pemerintah Sudan komtemporari, dan dianggap sebagai salah seorang pemain utama menjadikan negara itu lebih dekat kepada pemerintahan Islam. Dalam salah satu ungkapan termasyhur oleh Imam al-Ghazali, beliau menyebut “Ad-deenu ussun was-sultonu HARISUN. Fama la ussalahu fa mahduumun, wa ma la HARISA lahu fa dhoi-un” (maksudnya: Agama itu asas (negara) dan pemerintah/sultan adalah PENGAWAL. Barang yang tiada asas akan runtuh, dan barang yang tiada pengawal akan hilang). So, Umar Basyir selaku pemerintah adalah pengawal atau HARIS… harapnya kepada pemerintahan Islam, insya Allah~Semoga adikku HARIS menjadi penjaga kepada agama, keluarga, sahabat-sahabat dan sebagainya.. alhamdulILLAH~

6) Umar Talimsani (MASRI)
Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang daripada tokoh-tokoh da’ie dan murabbi.. Nama penuhnya ialah Ustaz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani.. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyidul ‘Am kedua, Hasan Al-Hudhaibi ,pada bulan November 1973.. Syaikh Umar Tilmisani merupakan peguam pertama yang bergabung dengan Ikhwan, mewakafkan pemikiran, dan potensi untuk membelanya… Beliau termasuk salah seorang orang kuat Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna… Beliau sering menyertai Al-Banna dalam beberapa lawatan, baik di dalam mahupun di luar Mesir… Bahkan, Al-Banna sering meminta bantuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah… Antara nasihat Syaikh Umar Tilmisani ialah berpegang teguh dengan wahyu Allah Ta’ala, berjihad dengan kalimat yang benar, tidak menghiraukan gangguan, menjadikan diri sebagai teladan dalam kepahlawanan, bersikap satria, istiqomah, dan yakin bahwa Allah Ta’ala pasti menguji hamba-bamba-Nya dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, agar dapat diketahui siapa yang tulus dan siapa yang munafik… Aspek-aspek inilah yang merupakan faktor-faktor penyebab kemenangan… Beliau merupakan Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin yang ketiga.. Beliau dilahirkan di Kota Cairo, Mesir pada 1322H.. ~Kaitan dengan panggilan MASRI.. Al-Masri merupakan perkataan arab yang membawa maksud orang Mesir.. Syaikh Umar Tilmisani merupakan orang Mesir, maka terbitlah panggilan MASRI kepada adik ana yang chubby itu.. Semoga Masri menjadi orang yang hebat berpidato, berdebat untuk menegakkan Islam… ALLAHuakbar~

7) Maryam Jamilah (ILA)
Yang ni adik yang bongsu.. Panggilan ‘Ila’ cukup jelas pada namanya, Maryam JamILAh.. Dikisahkan, Maryam merupakan seorang mu’allaf, iaitu orang yang lahirnya non muslim kemudian revert kepada Muslim.. Nama asalnya ialah Margret Marcus.. Beliau revert kepada Islam pada 1961.. Beliau berasal dari New York dan dari keluarga Yahudi (Jewish).. Maryam melakukan pengkajian tentang semua agama yang ada sebelum beliau menemui Islam.. Maryam berbeza dengan remaja-remaja New York sebayanya.. Gadis ini, mengharamkan bagi dirinya segala sesuatu yang disebut sebagai “sumber kenikmatan hidup”, seperti pergaulan bebas, pesta-pora, minuman keras, merokok, justeru di masa-masa yang sering disebut sebagai “masa-masa yang paling membahagiakan” dalam kehidupan seseorang. Dan sebagai gantinya, ia benamkan dirinya dalam tumpukan buku-buku yang terhitung “berat” bagi kebanyakan manusia, apalagi bagi remaja seumurnya.. Pada tahun 1961 di ulang tahunnya yang ke-27 Margaret masuk Islam.. Ia bersyahadat disaksikan oleh Syekh Daud Ahmad Faisal dan berganti nama menjadi Maryam Jamilah.. Maryam juga mulai menulis banyak artikel untuk akhbar Islam di Amerika… Sebelum berkenalan dengan tokoh-tokoh Islam Maryam selalu menderita. Kalimat perpisahan pada deritanya baru boleh ia ucapkan setelah dikenalnya Sayyid Abul A’la al-Maududi, seorang imam besar umat yang tinggal di Pakistan… Mulai dari surat-menyurat yang mengharukan antara seorang bapa dengan putrinya, antara seorang muslimah intelektual dengan ulama besar yang ternyata sama sekali bersesuaian pendapat ini, akhirnya lahirlah dari gadis ini seorang Maryam Jamilah yang tegar.. ~Semoga Ila menjadi muslimah yang tegar mencari, menemui dan menyebarkan.. subhanALLAH, alhamdulILLAH, ALLAHuakbar!!

P/s: Semoga terjawab persoalan siapa yang wondering mana datang nama panggilan kami… Semua kisah di atas hanya ringkasan sahaja.. Harap para pembaca membaca juga detail kisah tokoh-tokoh di atas.. Semoga ALLAH swt redha.. Buat Baba dan Mama, terima kasih kerana memberi kami nama yang hebat… Doakan kami menjadi insan-insan seperti mereka.. Kami sayang Ba n Ma.. =)

Di copy paste dari : ~a.k.u.D.I.A.k.a.m.u~

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s